Archive for the ‘Teknologi’ Category

Teknologi menyimpan daging

Teknologi ada dua.  Pertama teknologi fizikal atau ‘hard technology’. Kedua, ‘soft technology’. Ia berupa prosedur, teori, prinsip atau boleh juga petua.

Hari ini, yang banyak dicipta ialah teknologi fizikal. Bermacam-macam mesin, robot atau alat direka untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup manusia. Maka lahirlah komputer, kalkulator, kapal terbang, tren, telefon bimbit dan macam-macam lagi.

Manakala pembangunan teknologi lembut ‘soft technology’ tidak serancak teknologi fizikal. Jika ada pun ia tidak begitu diraikan. Manusia (sebahagian besar darinya) begitu teruja @ obses dengan model telefon bimbit terbaru dari penemuan teori parallel universe.

Peti sejuk

Satu dari teknologi yang rekaan manusia ialah peti sejuk. Antara banyak tujuan dan keperluan peti sejuk, satu dari nya yang paling utama ialah menyimpan daging segar.

Namun saiz ruang sejuk beku untuk peti sejuk biasa agak terhad. Lebih-lebih lagi untuk musim perayaan atau musim hari raya korban. Idea memiliki peti sejuk yang lebih besar, semata-mata untuk kegunaaan setahun sekali-dua agak tidak praktikal.

Lebih-lebih lagi peti sejuk menyumbang kepada penipisan ozon.

Peti sejuk ialah teknologi fizikal untuk menyimpan daging mentah. Saya fikir peti sejuk wujud hampir (paling awal) 100 tahun yang lalu. Sedangkan manusia wujud sudah beribu-ribu tahun. Walaupun tiada catatan yang absah tentang tarikh manusia pertama (Nabi Adam) diturunkan ke muka bumi, namun berdasarkan kiraan Masihi, sekurang-kurangnya manusia sudah berkomuniti lebih 2000 tahun yang lalu.

Manusioa sudah berteknologi sejak zaman Nabi Adam. Dan teknologi menyimpan daging mentah sudah pasti wujud lebih awal dari ciptaan peti sejuk.

Saya catatkan beberapa teknologi tradisional menyimpang daging mentah.

1. Rendam dalam wine

Ini teknologi masyarakat Barat dan Eropah. Mereka merendam daging mentah di dalam wine agar tahan lama. Secara tidak langsung daging ini dijeruk. Dari ini maka lahir ‘steak’, merujuk kepada daging bakar yang telah lama direndam dalam wine.

2. Rendang

Rendang terkenal sebagai makanan tradisional melayu. Ramuan rempah ratus dalam masakan rendang menjadikan makanan ini tahan lama. Bahkan ada yang tahan sehingga berbulan-bulan. Antara yang dikenali termasuk rendang tok atau serunding. Beginilah antara cara orang Melayu zaman dahulu menyimpan daging yang banyak.

3. Daging salai

Kaedah ini terkenal di Negeri Sembilan. Saya pun masih belum arif tentang teknik ini.

4. Daging perkasam

Ini teknik yang saya dapat dari bonda saya. Katanya, teknik ini digunakan oleh gemulah datuk saya.

S. O. P

Perniagaan mesti ada s.o.p. atau ‘standard operation procedure’.

Saya pernah bekerja beberapa bulan di sebuah restoran francais. Sungguh memang setiap perkara punya prosedurnya. Dari memasak makana hinggalah kepada mengelap meja, semuanya dibukukan tatacaranya. Maka tidak hairanlah apabila restoren francais ini berkembang ke seluruh dunia dan menguasai industri makanan ayam goreng.

Saya sedang membuat draf S.O.P untuk bisnes saya.

1. Cara-cara mengambil pesanan makanan.

  • Pastikan meja pelanggan bersih dan juga kering.
  • Letak menu yang cukup di hadapan pelanggan.
  • Ambil pesanan minuman kemudian makanan.
  • Semak senarai makanan dan minuman padan dengan jumlah pelanggan.
  • Ulang semak  pesanan sebelum meninggalkan meja pelangga.

2. Cara hidang makanan

  • Sebut nama hidang satu persatu ketika meletak makanan.
  • Letak makanan di hadapan pelanggan yang betul.
  • Betulkan posisi makanan menghadap pelanggan.
  • Letakkan set sudu / garfu di sebelah kanan set hidangan.

3. Cara mengambil bayaran

  • Ulang hidangan yang dipesan.
  • Sebut jumlah keseluruhan.
  • Terima wang denga kedua belah tangan.
  • Kembalikan jumlah wang dengan betul.
  • Sebutkan ‘Terima Kasih’ dan ‘Sila Datang Lagi’.