Archive for the ‘Wisata/ Jalan-jalan’ Category

Tips Melancong Backpack : Harga Makanan

Salah satu perbelanjaan yang agak besar dan asasi ketika melancong ialah penginapan dan makanan. Sukar untuk kompromi dalam dua hal ini.

Dua hal ini penting untuk :

  • membekalkan tenaga yang cukup.
  • rehat yang cukup.
  • kesihatan tubuh-badan.

Namun sering-kali orang asing dikenakan harga yang tidak munasabah. Ini berlaku kepada trip kami ke Vietnam. Banyak perkhidmatan dan produk dikenakan harga yang berbeza tanpa disedari. Jika di Malaysia mungkin beberapa perkhidmatan dikenakan caj berbeza seperti hospital dan pusat pelancongan awam (zoo, muzium). Namun situasi di Vietnam dan beberapa negara lain (ada sahabat menyatakan hal yang sama berlaku di Laos dan Kemboja)

Satu kaedah untuk selamat ialah memilih tempat makan yang menyediakan menu dan tanda harga. Jangan beranggapan, dengan makan di kaki lima atau gerai tepi jalan, kita dapat jimat. Bimbang sebaliknya.

Kaedah kedua ialah :

Ambil kesempatan untuk makan atau survey harga di tempat makan di airport. Dan letakkan harga di airport sebagai penanda aras ‘harga maksima’.

Jangan terkejut jika anda dicaj melebihi harga di airport padahal hanya makan di tepi jalan sahaja.

Ini berlaku lantaran perbezaan mata wang yang digunakan. Banyak juga pelancong berpengalaman dan tegar menyarankan supaya kita membawa kalkulator.

Sahabat saya membeli 3 biji pisang berangan dengan harga 20,000 VND. Bersamaan dengan RM3. Mahal bukan.

Saya melihat ekspresi pembeli tempatan lain menegur dan memarahi peniaga tersebut kerana mengelat. Di Malaysia dengan RM3 boleh beli sesikat pisang.

Hal yang sama juga dinyatakan oleh kenalan kami ketika berada di atas kapal di Ha Long Bay.

Dia yang merupakan sukarelawan tajaan gereja dari USA menceritakan bahawa harga makanan dan produk di Vietnam sangat murah. Namun ada peniaga yang pendek akal suka merosakkan industri dengan harga melampau.

Hal ini mengingatkan saya kepada sebuah hadis dari Nabi Muhammad tentang kesan buruk dari perbuatan peniaga yang curang dan menipu pelanggan.

Sahabat muda Abdullah bin Umar (semoga Allah redha kepada mereka berdua) melaporkan,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:

“Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat ujian dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;

  1. Tidaklah perbuatan keji tersebar di suatu masyarakat, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap orang sebelum mereka.
  2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan sukatan kecuali mereka akan diseksa dengan kemarau panjang dan penguasa yang zalim.
  3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti menitiskan air untuk mereka, kalau bukan kerana haiwan-haiwan ternak nescaya mereka tidak akan beri hujan.
  4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya. Dan
  5. Tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara mereka.”

(HR Ibnu Majah 4009)

 

Advertisements

Beberapa Tips dan Trik Melancong a’la Backpack

  1. Dinamakan backpack kerana selalunya perjalanan jauh dan ambil masa yang panjag. Contoh perjalanan seminggu merentasi 1700 km (Saigon – Hanoi).
  2. Membawa pakaian dan alatan yag minimum kerana kita sendiri terpaksa mengendongnya sepanjang 7 hari itu. Sebagai contoh sepasang baju dipakai dan sepasang lagi di simpang dalam beg. Hanya bawa sehelai tuala kecil seperti saiz tula ‘good morning’. Senang disimpan dan dibawak walaupun dalam keadaan basah.
  3. Jangan bawak pakaian berwarna cerah. Nanti cepat kotor dan tidak boleh dipakai berulangkali. Sebaiknya bawa pakaian yang fabriknya tidak cepat berbau apabila terkena peluh. T-shirt fabrik jenis jersi pilihan yang baik, ia ringan dan tidak berbau.
  4. Bersedia untuk tidak mandi atau hanya mandi sekali sahaja dalam sehari. Saya lihat penumpang-penumpang eksekutif keretapi malam dari Da Nang ke Hanoi hanya membasahkan tuala kecil dan mengelap muka, kepala dan leher. Kemudian terus menyarung sut kerja.
  5. Persediaan maklumat dan info yang banyak supaya pilihan dapat dibuat dengan baik dan berbaloi. Saya membeli buku lonelyplanet Vietnam untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  6. Sahabat ‘jalan-jalan’ saya menambah : Persedian mental yang cukup.
  7. Jangan sesekali mengharapkan situasi yang sama berlaku seperti dalam negara. Saya kata, kalau hendak semua sama lebih baik duduk di rumah sendiri. Sebagai contoh tandas-tandas di negara luar terutama negara orang kafir kebanyakannya tidak ada kemudahan paip air. Jadi, belajarlah bersuci (istinjak) menggunakan tisu. Ini berlaku untuk trip kami ke Vietnam da juga Shen Zhen, China.
  8. Pengguna yang baik, tahu menggunakan senjata tawar-menawar. Yang terbaik ialah dapatkan maklumat dari sekurang-kurangnya 3 sumber yang berbeza. Kami berjaya mendapatkan hotel yang baik kondisinya denga harga 10 USD (RM 32). Asalnya berharga 13 USD (RM50). Dan hotel demikian jika di Malaysia mungkin berharga RM 80.

    Homey Hotel, Hang Be Street (USD 10)

    Homey Hotel, Hang Be Street (USD 10)

Dalat yang Arogan dan Individualistik

Untuk mendekatkan makna, saya membandingkan Dalat dengan Tanah Tinggi Cameron. Bahkan mungkin jauh lebih tinggi (belum sempat buat semakan ‘fatwa’ Google). Namun yang pasti lebih luas berganda-ganda dari Cameron.

Selain cuaca sejuk dan basah, Dalat ‘syurga kecil’ membeli-belah baju-baju sejuk dan aksesorinya. Relatifnya murah bagi pemegang ringgit Malaysia seperti saya. Di sana baju-baju sejuk dan mafla ada yang dikait dan dijual secara segera.

Namun yang menarik perhatian lensa kamera kami ialah seni bina rumah-rumah mereka. Walaupun boleh dikategorikan kawasan luar bandar ‘rural area‘, namun citarasa senibina mereka agak tinggi dan variasi.

Saya belum sempat membuat bacaan lanjut. Mungkin, saya kata mungkin pengaruh besar penjajah. Saya kongsikan beberapa keping darinya.

Rumah-rumah agama ini dibina di kawasan perkampungan. Tidak semua begini, masih banyak juga rumah-rumah ‘kotai’ dan kecil.

Saya teruja dengan pemilihan warna rumah-rumah mereka. Ia berani dan tidak terkongkong.

Saya simpulkan rumah-rumah mereka ini sebagai arogan dan individualistik.  Setuju!

Untuk catatan, Vietnam dinamakan sebagai antara negara Asean yang berkembang paling pesat beberapa tahun belakangan ini bersama negara jiran kita Thailand.