Archive for the ‘perang harga’ Tag

Menurunkan Harga Produk

Alhamdulillah!

tafsir-ibnu-katsirSemalam, melalui blog Kitab Tafseer¬†saya telah berjaya menjual sebuah lagi set terjemahan Kitab Tafsir Al-Qur’an oleh Imam Ibn Kathir. Saya menjual set tersebut dengan harga jualan pasaran. Satu set RM 700.00 dengan tawaran diskaun 10 persen dan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia.

Terdapat peniaga online menjual dengan harga yang jauh lebih rendah dari apa yang tawarkan.

Pada hemat sebilangan peniaga, harga rendah lebih menarik perhatian pembeli. Hal itu benar untuk produk-produk konsumer dan harian seperti ikan, sayur, tepung, beras dan seumpama dengannya.

Namun untuk produk niche seperti set tafsir ia tidak begitu. Buku adalah produk orang berduit dan terpelajar terlebih lagi buku-buku besar dan berjilid. Orang-orang terpelajar dan berduit tidak memandang kepada harga semata-mata. Sebaliknya mereka memandang kepada nilai yang mereka peroleh dari duit itu.

Saya jelaskan juga kepada pembeli tersebut bahawa ada yang menjual dengan harga yang lebih murah. Beliau mengetahui hal itu dan tidak kisah sangat dengan perbezaan harga itu. Masakan tidak, beliau adalah taukeh stesen petrol!

Yang penting kepada golongan sebegini ialah kualiti produk dan servis yang kita tawarkan.

Saya menawarkan penghantaran sendiri ke lokasi sekitar Lembah Klang. Ia dilihat lebih diyakini berbanding bank in duit dan pos kepada penggunakan. Risiko penipuan amat tinggi dan juga risiko buku rosak.

Justeru, harga bukan semata-mata faktor yang menentukan boleh jual atau tidak. Minggu lalu saya masuk ke sebuah butik terkenal antarabangsa. Sehelai baju t dijual dengan harga RM500. Sekali lagi, harga bukan faktor tunggal kebolehjualan.

Advertisements