Archive for the ‘tips bisnes’ Tag

Benarkah sahabat yang kaya dan dermawan Abdurrahman bin Auf ra masuk syurga dengan merangkak?

Benarkah sahabat yang kaya dan dermawan Abdurrahman bin Auf ra masuk syurga dengan merangkak?

Kisah ini disandarkan sebuah hadis dari Ibunda Aisyah katanya yang bermaksud, “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya aku melihat Abdurrahman bin Auf masuk surga dengan merangkak.”

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Kitab Musnad (6/115) dari jalan Umarah, dari Tsabit, dari Anas, dari Aisyah.

Pengkaji dan sarjana hadis semasa Ust. Abdul Hakim b Amir Abdat dalam buku Hadis-hadis Daif dan Maudu’ menjelaskan bahawa sanad hadis tersebut daif, kerana di sanadnya ada Umarah bin Zaadzaan Ash Shaidalaaniy Abu Salamah Al Bashri; beliau seorang rawi yang lemah hafalannya.  Ibnu Hajar dalam Taqrib menyatkan bahwa beliau Shaduqun (orang yang benar), akan tetapi sering salah.

(Hadis-hadts Daif dan Maudu’ jilid 1; Darul Qolam, Cet 1. 2003 M, hal.116-117)

Ibnu Jauzi menjelaskan,

Kemudian, tidak masuk akal bahawa ada sahabat yang boleh menyatakan kebimbangannya mengenai diri ‘Abdul Rahman bin Auf dalam hartanya. Bukankah sudah ada ijma’ ulama’ yang mengatakan dari hal kebenarannya boleh mengumpul harta kekayaan dari jalan yang halal? Kalau begitu apa motif kebimbangannya itu padahal hal itu memang sudah dibolehkan? Apakah syarak boleh membenarkan sesuatu kemudian ia menghukum salah seorang yang melakukannya? Ini tentulah terbit dari kurang faham dan ceteknya ilmu agama orang yang mengatakan begitu.

Kemudian mengapa digantungkan hal ini kepada Abdul Rahman bin Auf sahaja padahal sahabat-sahabat yang lain juga ada yang sama kaya dengannya? Umpama sahabat yang bernama Talhah bin Ubaidillah telah meninggalkan harta sebanyak 300 bahar sedangkan satu bahar itu sama dengan pikulan satu unta. Harta al-Zubair pula ketika meninggal dunia adalah sebanyak 700,000, Ibn Mas’ud sebanyak 90,000 dan kebanyakan sahabat memperoleh harta yang banyak lalu ditinggalkan mereka (apabila meninggal dunia) dan tiada seorangpun yang mengingkari mereka.

Adapun dakwaan mereka bahawa Abdul Rahman bin Auf merangkak di Hari Kiamat, maka ini menunjukkan yang mereka tiada mengetahui maksud hadis. Bukankah itu dalam mimpi dan bukan dalam keadaan sedar. Aku berlindung diri kepada Allah daripada mempercayai bahawa Abdul Rahman bin Auf akan merangkak nanti di Hari Kiamat! Cuba renungkan hal ini dalam-dala! Siapa pula yang akan mendahuluinya jika Abdul Rahman bin Auf akan merangkak, padahal dia salah seorang dari sepuluh orang yang dijamin masuk syurga, dia pula dari Ahli Badar dan termasuk ahli syura?

Dan hadis ini pula diriwayatkan oleh Umarah bin Zazan yang mana Imam al-Bukhari berkata: terdapat huru hara dalam hadisnya. Berkata Imam Ahmad: dia pernah meriwayatkan hadis-hadis mungkar. Berkata Abu Hatim al-Razi: Tidak boleh dijadikan alasan. Dan berkata al-Daruquthni: Hadis ini lemah. (Talbis Iblis)

Ibn al-Qayyim setelah membahas hadis ini secara panjang lebar dalam bukunya membuat rumusan: Adapun hadis masuknya Abdul Rahman bin Auf ke dalam syurga dengan merangkak, maka permasalahannya adalah seperti yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah, bahawa hadis ini adalah tidak benar lagi mungkar.

Atau seperti yang dikatakan oleh Imam an-Nasai, bahawa hadis ini palsu. Darjat-darjat (kebesaran, kemuliaan, ketinggian- P) Abdul Rahman bin Auf, jihadnya, infaknya yang amat besar dan sedekahnya menghendakinya masuk syurga bersama dengan orang-orang yang berjalan seperti kilat, atau seperti sekelip mata, atau seperti kuda yang dipacu, dan dia tidak seharusnya masuk syurga dengan merangkak. (Sabar: Perisai Seorang Mukmin, ms 196-201) 

Mohd Riduan b Khairi

Country Height, Kota Kinabalu

Advertisements

Abdurrahman bin Auf; membina empayar bisnes sendiri

Harta Abdul Rahman bin Auf

Imam Muhammad Ibn Syihab Az Zuhri berkata:

“Abdul Rahman bin Auf telah bersedeqah di zaman Rasulullah saw. setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham (Rm 40, 000) kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham (RM 400, 000), 500 kuda di jalan Allah swt. diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah swt. Kesemua harta itu adalah hasil perniagaannya.” (al-Hilyah, Abu Nuaim)

Ketika wafat terbilang meninggalkan 1000 unta, 100 kuda, 3000 kambing , Juga meninggalkan emas dan perak yang semuanya dibagikan kepada ahli warisnya.

Infak dan sedekah Abdul Rahman bin Auf

Diantara kedermawanannya, ialah tatkala Rasulullah ingin melaksanakan perang Tabuk. Yaitu sebuah peperangan yang membutuhkan banyak perbekalan. Maka datanglah Abdurrahman bin ‘Auf dengan membawa 200 ‘uqiyah emas,dan menginfakkannya di jalan Allah.

(1 uqiyah emas = 29.75 gram emas, 200 uqiyah = 5.95. Harga 1 gram emas = RM180 * 5.95kg = RM 1, 071, 000)

Sehingga berkata Umar bin Khattab, ”Sesungguhnya aku melihat, bahwa Abdurrahman adalah orang yang berdosa karena dia tidak meninggalkan untuk keluarganya sesuatu apapun.” Maka bertanyalah Rasulullah kepadanya, ”Wahai Abdurrahman, apa yang telah engkau tinggalkan untuk keluargamu?” Dia menjawab, ”Wahai Rasulullah, aku telah meninggalkan untuk mereka lebih banyak dan lebih baik dari yang telah aku infakkan.” ”Apa itu?” tanya Rasulullah. Abdurrahman menjawab, ”Apa yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya berupa rezeki dan kebaikan serta pahala yang banyak.”

Puncak dari kebaikannya kepada orang lain, ialah ketika ia menjual tanah seharga 40.000 dinar, (1 Dinar = RM700, 40, 000 x RM700 = RM 28, 000, 000) yang kemudian dibagikannya kepada Bani Zuhrah dan orang-orang fakir dari kalangan muhajirin dan Anshar. Ketika Aisyah mendapatkan bagiannya, ia berkata, ”Aku mendengar Rasulullah bersabda, tidak akan memperhatikan sepeninggalku, kecuali orang-orang yang bersabar. Semoga Allah memberinya air minum dari mata air Salsabila di surga.”

Abdurrahmah bin Auf masuk Islam atas ajakan Abu Bakar Ash Shiddiq, yaitu sebelum Rasulullah tinggal di rumah Al Arqam. Sebagaimana kaum muslimin yang lainnya, ia juga mendapatkan tekanan-tekanan dari kaum Quraisy, yang semakin lama semakin keras. Ketika Allah mengizinkan Rasulullah untuk hijrah ke Madinah, ia termasuk orang yang turut serta dalam rombongan tersebut.

Sikap berdikari

Di Madinah beliau dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan sahabat Sa’ad bin Rabi’ Al Anshari. Sa’ad bin Rabi’ berkata kepada saudaranya, Abdurrahman, ”Wahai saudaraku, aku memiliki dua kebun, pilihlah mana yang engkau suka, lalu ambillah.” Abdurrahman menjawab, ”Semoga Allah memberikan berkah kepada harta dan keluargamu. Akan tetapi, tunjukanlah kepadaku pasar.”

Suatu pengajaran dan iktibar dari kisah ini ialah memberi gambaran sikap berdikari yang ditunjukkan oleh Abdurrahman. Hasilnya, dengan usaha sendiri beliau kembali membina empayar pernigaaan dan menjadi salah seorang sahabat Nabi yang paling kaya dan hartawan.

Rubrik Sakhshiyah Majalah Assunnah edisi 02/Tahun VII/1424H/2003M, hal 59-60 oleh Abu Aminah.

Sedekah 1/3 harta

Diriwayatkan ari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Pada suatu ketika, ada seseorang yang sedang berjalan di padang pasir yang tiba-tiba mendengar suara dari dalam awan, ‘Siramilah kebun si Fulan.’ Kemudian awan itu menuju ke arah suatu tempat yang banyak batunya, lantas menuangkan airnya.

Pada tempat yang banyak batunya tersebut, ada sebuah parit yang penuh dengan air hingga parit itu pun ikut mengalirkan air. Kemudian, di situ ada seorang lelaki yang berada di tengah-tengah kebunnya sedang membagi-bagi air, dengan alat pengukur tanah. Ia bertanya kepada orang itu, ‘Wahai hamba Allah, siapakah namamu?’ Orang itu menjawab, ‘Fulan.’ Nama yang sama dengan yang pernah didengarnya dari dalam awan tadi.

Kemudian Fulan bertanya kepadanya, ‘Kenapa kamu menanyakan namaku?’ Ia menjawab, ‘Sesungguhnya saya tadi mendengar suara dari dalam awan, yang kemudian menuangkan air ini. Suara itu berkata, ‘Siramilah kebun si Fulan,’ persis dengan namamu. Memangnya apa yang telah kamu perbuat?’

Fulan menjawab, ‘Karena kamu bertanya seperti itu, maka aku jawab. Sebenarnya, aku selalu memperhatikan hasil yang dikeluarkan kebun ini, sepertiga dari hasil itu aku sedekahkan, sepertiga aku makan dengan keluargaku, dan sepertiga lagi aku persiapkan untuk bibit.’”

Pelajaran yang dapat dipetik:

  1. Keutamaan sedekah kepada orang-orang yang membutuhkan.
  2. Anjuran untuk berbuat ihsan kepada fakir-miskin dan anak-anak terlantar.
  3. Keutamaan seseorang yang makan dari hasil usahanya sendiri.
  4. Keutamaan memberi nafkah kepada isteri dan keluarga.
  5. Penetapan adanya karamah para wali, sehingga alam tunduk kepadanya.
  6. Keutamaan bertani dan bercocok tanam, karena merupakan mata pencaharian yang baik.
  7. Awan tunduk untuk berjalan sesuai dengan kehendak Allah, dan ada malaikat yang bertugas mengawasi jalannya awan.
  8. Allah mencintai seorang hamba yang hidupnya seimbang, dia mau menginfakkan sebagian hartanya kepada yang berhak menerima.
  9. Orang Mukmin adalah manusia yang bisa saja mendengar suara malaikat.

Sumber: 61  Pengantar Tidur, Muhammad bin Hamid Abdul Wahab, Darul Haq, Cetakan VI, 2009.

dipetik dari http://www.KisahMuslim.com

Minda Menjual vs Minda Membeli

Ada banyak beza antara minda orang yang menjual dan minda orang yang membeli. Sebagai bisnesman kita perlu memahami kedua-dua jeni gaya berfikir ini.

Pertama, kita perlu memahami minda menjual kerana kita adalah penjual. Kita mahu menjual sebanyak-banyaknya. Penjual mahu menukar produk yang mereka ada dengan wang sebanyak-banyaknya.

Kedua, sebagai penjual kita sangat perlu memahami minda pembeli. Untuk tujuan apa? Dengan memahami kehendak dan gaya berfikir pembeli, kita dapat menjual produk kita sebanyak-banyaknya.

1. Bisnesman berfikir bagaimana hendak membuat wang dengan barang atau khidmat yang mereka miliki.

Pembeli berfikir bagaimana hendak mendapatkan barang yang mereka idamkan dengan wang yang mereka miliki.

2. Bisnesman matlamatnya wang. Pembeli matlamatnya barang. Bisnesman mata duitan, pembeli mata realistik (baca materialistik).

3. Bisnesman bekerja lebih keras untuk mendapat lebih banyak wang. Dengan wang itu mereka dapat mengembangkan bisnes mereka supaya wang mereka bertambah banyak. Pembeli bekerja lebih keras supaya mereka dapat lebih banyak wang. Dan dengan dengan wang itu mereka akan dapat lebih banyak barang.

4. Bisnesman suka membeli barang peribadi secara tunai. Kalau boleh sehingga kereta dan rumah pun mereka mahu beli tunai.

Pembeli suka membeli barang secara hutang. Dari rumah, kereta hinggalah ke kain batik, belacan dan ikan-sayur, kalau boleh semuanya mahu hutang.

5. Bisnesman suka bayar hutang. Pembeli biasa menganggap hutang sesuatu yang merimaskan.

6. Bisnesman menggunakan banyak wang untuk membayar hutang. Pembeli menggunakan banyak wang untuk menambah hutang. Contoh ada wang 10 ribu buat downpayment kereta 100 ribu. Ada wang 100 ribu buat downpayment rumah harga 1 juta. Lebih banyak wang, lebih banyak hutang.

Bisnesman (selalu bisnesman Cina buat begini), ada wang 100 ribu, beli kereta 50 ribu tunai (atau kurang).

Itu sebab bisnes hutang adalah bisnes yang paling menguntungkan. Contoh kad kredit, bank dan along. Dalam Islam hutang tidak boleh didagangkan. Hutang adalah tanggungjawab baitul mal : Qardul Hasan. Hanya individu yang beriman dan baitul mal sahaja yang sanggup memberi hutang tanpa faedah atau sevis caj. Bank Islami juga mendagangkan hutang.

7. Bisnesman mengukur baju di badan sendiri. Pembeli mengukur baju dibadan pereka fesyen atau selebriti.

8. Bisnesman memandang dunia sekeliling sebagai peluang membuat wang. Pembeli memandang dunia sekeliling sebagai dunia sekeliling. Wang pada mereka sumernya dari majikan tempat mereka bekerja.

Akan ditambah dari masa ke semasa.